18 September 2011

Segalanya biarlah bersama Allah


Hari² ku memboring kan dgn takde nye camera di sisi..
nak shared ape pon xboley..
membuatkan aku bertambah takde mood nk tulis blog & tgk blog lagi..
tapi tetap rindu nak bace blog orang.
Tuhan,dengarlah rintihan hatiku..

Suami aku ni asyik kerja malam je,boring tau!
harini kata kerja siang,esok luse kerja malam pulak.
tulat kerja siang balik,mcm² la..
aku,klu dah boring² duk umah msti la nak online Facebuke kn..
nanti smpi ke pagi aku dok online Facebuke lagi..
online Facebuke pon sbb nk main game je.
.
Tak sangka tempoh perkahwinan kami dah setahun setengah rupanya.
sedar tak sedar umur pun semakin meningkat.
Tuhan,rezekikanlah kami cahaya mata..yang soleh & solehah.
semoga dgn kehadiran cahaya mata kami..
dapat mendidik kami agar menjadi lebih matang dalam hidup.

Haisy,bile dah jadi isteri ni baru la aku tau..
bertapa beratnye tanggungjawab seorang isteri..
lagi la akan datang akan menambah tanggungjawab sebagai seorang ibu pulak.
Ya Allah,mampukah aku...???
dgn diri yang selalu lalai dgn Mu..yg selalu alpa dgn nikmat² Mu..
mampukah aku membawa suami ku dekat dgn Mu
dan mendidik anak² ku agar mencintai Mu sepenuh hati..
sedangkan aku sendiri belum mampu mentaati Mu..

Tuhan,jgn lah engkau meninggalkan aku & membiarkan aku dgn nikmat² Mu.
aku perlukan ujian² dari Mu agar aku lebih mencintai Mu..
Kau berikanlah aku hidayah & taufik agar bertambah kuat rasa cinta & takutkan mu.
Kau jadikan lah aku hamba yang mentaati Mu..

Apalah ertinya hidup dgn kenikmatan dunia & kuasa..
kalau tanpa keredhoan & keampunan Allah..?!
diwaktu aku keseorangan,Kau lah tempat aku mengadu.
diwaktu aku kesusahan,hanya Engkau lah yang mengetahui segalanya.
dan Engkau sentiase mendengar rintihan hamba²Mu.

Kalau mengadu kat kawan²,kawan² boleh tlg ke?
kawan² cume boleh dengar & bawa cerita kat orang je..
kalau cerita kat adik beradik,adik beradik boleh tlg ke?
kalau adik beradik faham pun diorang susah nak tolong.
silap² yang diorang lebih perlukan pertolongan kite.

kalau mengadu kat ibu bapa pula,kebiasaannya mereka akan faham.
tapi tak semua ibu bapa yang akan faham kehendak anak².
ada kalanya ibu bapa akan fikir,"oh,anak aku nak kebebasan".
mereka lupa anak² mahukan kasih sayang & perhatian dari mereka.
ibu bapa yang baik akan sentiasa menasihati anak²nya tanpa jemu.

P/s : Mengadulah segalanya pada Tuhan,sesungguhnya hanya Dia sahaja yg mengetahui segala sesuatu.dan hanya Dia sahaja yang memahami kehendak hamba²nya.dari Nya kita datang & dari Nya lah kita pergi.

No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved Muazijah.blogspot.com