07 August 2011

Pak Pandir menjual lembu


Pak Pandir ingin menjual lembu peliharaannya kerana susu yang di hasilkan sangat sedikit.
Dia mula menawarkan lembunya.
"Lembu ini tidak banyak menghasilkan susu,tetapi jika dia menanduk pasti anda akan mampus".
Oleh kerana cara tawarannya yang salah,dia masih tidak dapat menjual lembu tersebut sehingga petang.

Perkara itu menarik perhatian seorang pedagang lembu.
"Saya rasa jika cara anda menjual seperti itu,ia tidak akan laku.Bagaimana jika saya membantu anda menjualkan lembu itu?".Pedagang tersebut menawarkan  pertolongannya.
Pak Pandir terus bersetuju & memberikan tali penambat lembu kepada padagang lembu itu tadi.
Dengan suara yang lantang,pedagang lembu itu mula bersuara..
"Cuba perhatikan lembu ini baik².Bagus & sihat,tiada bandingnya.Jika tuan membeli lembu ini pasti tidak akan kecewa.Setiap hari bermangkuk²air susu dapat tuan perolehi.Cepat,jangan terlambat".

Mendengar cara pedagang lembu itu menawarkan lembunya,Pak Pandir pun terus mengambil kembali tali penambat lembunya & berkata..
"Jika lembu ini boleh memberikan susu bermangkuk² setiap hari,buat apa saya menjualnya?".
Lalu Pak Pandir membawa pulang semula Lembunya.

*Tu bukan lurus bendol,tapi Dungu namenye!

No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved Muazijah.blogspot.com